Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku Menangis dan mengadu Tentang dunia yang penuh sendu Dikala mata-mata sedang lesu beradu Akan kuseru namaMu Di penjuru waktu yang sunyi dan sayu Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku Sekalipun tanganku penuh debu Sedangkan pintu itu seputih susu dan salju Kerana ku tahu Tuhanku tidak pernah menghalau tamu Yang datang bertemu dan menyeru Sekalipun dosa memenuhi angkasa Namun keampunanNya meliputi segala Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku Tanpa jemu tanpa malu Selagiku memanggilNya, Dia Maha Tahu Aku hanya seorang hamba Ada dosa, ada pahala Namun Dia Yang Maha Mulia Limpahan kemaafan tiada tepian Kerana Dia Tuhan Ar-Rahman Sedangkan aku insan penuh kedaifan. Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku Mengadu dalam sayu dan sendu Merintih tentang dunia yg letih Janganlah aku Dikau sisih Dari kurniaan nikmat kasih Diri yang kotor pohon dibersih Terimalah istighfar Terimalah tasbih